Site icon TechNave BM

ASUS Zenfone 7 bakal dilancarkan, bateri 5000mAh dan storan 512GB

Seperti yang kita sudah sedia maklum, ASUS bakal melancarkan peranti gaming ASUS ROG Phone 3 pada 22 Julai ini. Di sebalik kehangatan peranti tersebut, terdapat juga peminat yang menantikan siri ASUS Zenfone 7. Terkini, sumber telah mendedahkan penyenaraian Zenfone 7 di agensi tertentu.

Peranti ini dilihat alam penyenaraian National Communications Commission (NCC), Taiwan dan TUV Rheinland, Japan dengan nombor model (ASUS_I002D) ZS670KS. Penyenaraian ini sekaligus mendedahkan beberapa spesifikasi seperti paparan 6.7 inci, storan sehingga 512GB, sokongan NFC, WiFi-6 dan Bluetooth 5.0.

Selain itu, ia juga didedahkan dengan kapasiti bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 30W. Spesifikasi yang lain pula masih dalam tahap jangkaan memandangkan tiada berita jelas mengenainya. Jangkaan spesifikasi termasuklah janaan cipset Snapdragon 865, RAM sehingga 16GB, sokongan 5G dan reka bentuk skrin tanpa takuk.

Oleh kerana berita ini adalah bukan dari pihak ASUS sendiri, jadi ambillah maklumat ini sebagai bayangan sahaja. Pelancaran ASUS Zenfone 7 mungkin akan berlaku pada bulan-bulan hadapan. Adakah anda sedang menanti Zenfone 7? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version