Site icon TechNave BM

ASUS Zenfone 8 bakal dilancar 12 Mei ini, sah hadir dengan saiz mini?

Terbaru, ASUS mengumumkan bahawa mereka akan perkenalkan telefon andalan siri Zenfone 8 tidak lama lagi. Acara pelancaran telefon ini akan berlangsung pada 12 Mei ini. Lebih tepat lagi pada 13 Mei 1 a.m untuk masa Malaysia.

Sehubungan dengan pelancaran ini, ASUS telah memuat naik laman web khas yang menunjukkan ‘countdown‘ masa untuk acara pelancaran mereka. Di laman web itu juga ASUS dilihat menulis slogan ‘Big on Performance. Compact in Size’.

Berdasarkan sumber sebelum ini, slogan ini mungkin menandakan kehadiran cipset Snapdragon 888 dan sebuah model bersaiz kompak yang diberi nama ‘Zenfone 8 mini’. Zenfone 8 mini ini pernah muncul di penanda aras Geekbench dengan Snapdragon 888 dan RAM 16GB.

ASUS dikhabarkan akan melancarkan dua atau tiga model dari siri tersebut. Nantikan berikan lanjut mengenai Zenfone 8 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version