Site icon TechNave BM

ASUS ZenFone Mini mungkin dilancar sebagai telefon andalan Android bersaiz kompak

ASUS dilapor akan melancarkan telefon pintar bersaiz kecil yang bernama ZenFone Mini, di mana ia akan dilengkapi saiz skrin dalam jurang 5.5 ke 6 inci. Walaupun dengan skrin kecil, ia masih berada dalam kategori andalan (flagship) dan dilengkapi cipset berprestasi tinggi iaitu daripada siri Snapdragon 800.

ASUS boleh pilih di antara Snapdragon 888 jika mereka ingin memberikan prestasi terpantas atau Snapdragon 870 untuk harga yang lebih murah. Ia dijangka akan dilancar di samping ASUS ROG Phone 5 pada separuh pertama 2021.

Telefon pintar bersaiz kecil nampaknya kembali mendapat tempat di kalangan pelanggan, dengan penjualan iPhone 12 mini pada tahun lepas dan beberapa syarikat telefon lain yang ingin menghasilkan telefon kompak mereka sendiri.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version