Site icon TechNave BM

Atome bekerjasama dengan TikTok Shop untuk tingkatkan pertumbuhan e-dagang di Malaysia

Atome bekerjasama dengan TikTok Shop membolehkan perniagaan dari semua saiz terutamanya usahawan muda dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memanfaatkan potensi membeli-belah dalam talian dan pertumbuhan ekonomi di negara ini.

Perkhidmatan “beli sekarang, bayar kemudian” Atome yang lancar menawarkan fleksibiliti kepada pengguna untuk membuat pembelian dan pembayaran tertunda selama tiga atau enam bulan.

Atome juga mengumumkan perkongsian Pemberi Pinjaman Rekod pertama seumpamanya dengan Bank Standard Chartered di Singapura yang telah menghasilkan lebih 100,000 transaksi ditempah sejak April. Perkongsian serupa juga akan dilancarkan ke Malaysia tidak lama lagi.

Adakah TikTok Shop juga mendapat bayaran tertunda seperti aplikasi Atome? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version