Site icon TechNave BM

Awas! Rantaian mesej dengan emoji bendera Itali dan bahasa Sindhi boleh buat iPhone ‘crash’

Terkini, sumber telah melaporkan bahawa sebuah rantaian mesej viral boleh menimbulkan pepijat pada iPhone atau iPad anda. Rantaian mesej viral tersebut mengandungi emoji bendera Itali dan beberapa karakter daripada bahasa Sindhi (salah satu bahasa di Pakistan). Namun, sumber tidak mengongsikan contoh rantaian mesej tersebut disini.

Jika anda membuka rantaian mesej ini, peranti anda akan mula menimbulkan masalah dalam menangani aplikasi. Aplikasi mungkin akan berhenti secara tiba-tiba atau disebut sebagai ‘crash’ oleh warganet. Hal ini adalah disebabkan pepijat yang terkandung dalam rantaian mesej tersebut.

Apa pun, isu ini kelihatannya telah diselesaikan oleh Apple melalui kemas kini terkini iOS 13.4.5 beta, tetapi oleh sebab ia versi beta, maka orang awam masih tidak boleh menggunakannya. Jika kemas kini ini sudah keluar dan anda sudah memuat turunnya, anda hanya perlu ‘reboot’ peranti anda sahaja.

Pernahkah anda menerima pepijat sebegini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version