AXN Asia dengan kerjasama Tourism Malaysia kini mempromosikan kepelbagaian dan keunikan Malaysia menerusi penerbitan travelog baharu berjudul “Unfading Memoirs” yang boleh ditonton secara dalam talian termasuk di saluran televisyen seluruh Asia bermula 11 Julai 2024.
“Unfading Memoirs” merupakan eksplorasi yang memaparkan kekayaan budaya selain landskap menakjubkan negara ini merangkumi senarai impian berteraskan tiga elemen utama iaitu Pengembaraan (Adventure), Budaya (Culture) dan juga Makanan (Food).
Penonton dapat melihat gabungan pelbagai dimensi kandungan pengembaraan dan hiburan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. Para penonton turut berpeluang memenangi percutian eksklusif dengan menyertai pertandingan secara dalam talian yang menawarkan hadiah penginapan 3 hari 2 malam yang bernilai lebih kurang RM6,600 (USD1,400).
Berikut merupakan langkah untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan:
- Jika anda pernah melawat Malaysia sebelum ini, anda hanya perlu memuat naik foto atau video pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan di negara ini. Sekiranya anda belum pernah berkunjung ke Malaysia, layari www.axn-asia.com/UnfadingMemoirs untuk mencari dan memuat naik foto destinasi impian anda di negara ini.
- Langkah seterusnya ialah memuat naik foto atau video di akaun media sosial peribadi anda dengan kapsyen menarik dan jangan lupa tag @AXNasia serta letakkan tanda pagar #AXNUnfadingMemoirs dan #MalaysiaTrulyAsia.
- Pertandingan ini akan berlangsung dari 15 Julai hingga 25 Ogos 2024 dan pemenang akan diumumkan pada 3 September 2024. Untuk maklumat lanjut termasuk terma dan syarat, sila layari www.axn-asia.com/UnfadingMemoirs.
“Unfading Memoirs” boleh ditonton di laman sosial dan saluran televisyen AXN Asia bermula 11 Julai 2024. Untuk keterangan lanjut, layari media sosial AXN Asia dan klik di sini bagi mendapatkan tawaran istimewa melancong ke Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

