Site icon TechNave BM

Ayaneo bakal lancarkan telefon “gaming” sebenar tidak lama lagi

Ayaneo kini mula melebarkan sayap daripada konsol permainan genggam dan PC mini ke dunia telefon pintar. Seperti yang dijangka, langkah baharu ini juga disasarkan kepada golongan pemain tegar. Ayaneo telah mula mengacah kehadiran telefon pertamanya yang digelar sebagai “telefon pintar sebenar untuk para gamer.”

Dalam video acah ringkas yang dikongsikan, dapat dilihat rekaan bahagian belakang peranti tersebut yang menempatkan dua kamera utama tanpa bonggol menyerupai gaya RedMagic. Selain daripada itu, tidak banyak maklumat lain yang didedahkan setakat ini.

Jadi, persoalannya kini ialah bagaimana Ayaneo mahu membezakan identitinya daripada pesaing lain. Buat masa ini, telefon tersebut dijangka akan menggunakan sistem operasi Android. Ayaneo turut menegaskan bahawa projek ini lahir daripada “cinta sejati terhadap dunia permainan dan impian yang ingin dikejar.”

Lebih banyak video acah dijangka akan muncul tidak lama lagi yang mungkin akan mendedahkan maklumat sebenar mengenai peranti ini. Sama-sama kita nantikan dan sementara itu, adakah anda teruja dengan kehadiran telefon pintar pertama daripada Ayaneo ini?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version