Site icon TechNave BM

Ayaneo Next 2 dilancar: AMD Ryzen AI Max+ 395, OLED 9.06″ 165Hz, dan bateri 115Wh

Ayaneo memperkenalkan generasi baharu konsol gaming mudah alih iaitu Ayaneo Next 2 yang hadir dengan bateri 115Wh dan antara kapasiti terbesar pernah digunakan pada peranti gaming mudah alih serta skrin OLED 9.06 inci. Peranti ini dikuasakan cip AMD Ryzen AI Max+ 395 yang menurut Ayaneo mampu mencapai TDP setinggi 85W untuk prestasi gaming lebih agresif.

Bagi memastikan suhu kekal terkawal, ia dilengkapi dua kipas penyejuk dengan port ekzos di bahagian belakang. Skrin OLED 9.06 inci tersebut menyokong kadar segar semula sehingga 165Hz, resolusi 2400 × 1504 piksel dan kecerahan puncak 1,100 nits.

Untuk kawalan permainan, Next 2 menyediakan hall effect joysticks, hall linear triggers, dua touchpad, D-pad 8-arah serta butang belakang boleh ubah suai. Antara ciri lain termasuk motor haptik magnetic-levitation generasi baharu, pembesar suara stereo depan yang dipertingkat, sistem kunci trigger dua tahap serta logo RGB bercahaya untuk gaya tambahan.

Next 2 turut menjalankan perisian khas AyaSpace atas sistem operasi Windows untuk pengurusan peranti dan tetapan permainan. Buat masa ini, Ayaneo masih belum mengumumkan harga, tarikh pasaran atau senarai spesifikasi penuh. Konsol ini akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih dengan maklumat lanjut dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti gaming ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Ayaneo

Exit mobile version