Site icon TechNave BM

Baby Shark video pertama capai 10 bilion tontonan di YouTube, paling ramai ditonton di dunia

Pada permulaan fenomena “Baby Shark”, kami menjangkakan bahawa ianya tidaklah sehebat fenomena yang dibawakan oleh Gangnam Style atau Justin Bieber. Namun, Billboard melaporkan lagu kanak-kanak Pinkfong yang sangat menarik telah menjadi video pertama mencapai 10 bilion tontonan di YouTube.

Tiada siapa yang menjangkakan ia boleh mengalahkan video “Despacito” Luis Fonsi dengan masa yang singkat. Di samping selebriti seperti James Corden dan Bebe Rexha, “Baby Shark” juga telah mengembangkan pengaruhnya dengan pelbagai cara.

Salah satunya ialah cabaran tarian viral, mendapat peluang dalam Just Dance 2020 dan rancangan TV Nickelodeon yang ditayangkan pada 2021. Ringkasnya, Pinkfong telah mengekalkan lagu itu sebagai tumpuan di mana-mana kerana pengaruh lagu seperti “Despacito” telah pudar.

Nickelodeon bukan sahaja memperbaharui kontrak rancangan “Baby Shark”, tetapi menjanjikan untuk menerbitkan filem. Ia mungkin mengambil masa yang lama sebelum video lain mampu mengatasi video “Baby Shark” ini walaupun bintang terkenal K-pop secara amnya mungkin mendapat perhatian yang lebih.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Endgadget

Exit mobile version