Site icon TechNave BM

Back Button Attachment terbaru keluaran Sony untuk alat kawalan DUALSHOCK 4

Dalam keghairahan pengguna menunggu desas-desus PS5, Sony kini mengejutkan peminat PlayStation dengan mengumumkan kemunculan aksesori barunya, Back Button Attachment. The Verge menyatakan bahawa harga aksesori ini agak berpatutan berbanding alat kawalan Microsoft X-Box One Elite Series 2 yang juga menawarkan fungsi pelbagai butang.

Back Button Attachment ini merupakan butang khusus yang boleh melekat di belakang badan mana-mana alat kawalan DUALSHOCK 4. Aksesori baru ini hadir dengan paparan OLED yang jelas, bicu audio 3.5mm dan bersesuaian dimainkan dengan semua game termasuklah game dari PlayStation VR.

Sumber: PlayStation YouTube
Sumber: PlayStation YouTube

Apa yang mengejutkan lagi, aksesori baru ini boleh menyimpan sehingga tiga profil kawalan unik pada satu masa dan membenarkan pengguna untuk mengalih fungsi menggunakan aksesori sehingga ke 16 fungsi berlainan.

Tontoni tayangan pengenalan Back Button Attachment DUALSHOCK 4

Adakah wajar untuk anda mendapatkan aksesori ini atau anda ingin menunggu kemunculan PS5? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita terkini gaming yang seterusnya di TechNaveBM.com.

Sumber

Exit mobile version