Site icon TechNave BM

Backbone One PlayStation Edition untuk Android rasmi dengan harga ~RM453

Backbone One merupakan aksesori seperti pengawal untuk bermain game bagi peranti iPhone atau Android. Produk ini berjaya sehingga syarikat itu bekerjasama dengan Sony tahun lepas untuk membina Edisi PlayStation. Model ini menggantikan semua butang muka dengan susun atur pengawal PlayStation tradisional dengan kemasan putih untuk dipadankan.

Edisi PlayStation telah tersedia secara eksklusif untuk iPhone. Kini, Backbone dan Sony telah bekerjasama sekali lagi untuk membawa varian PlayStation Edition ke peranti Android. Untuk pengetahuan, Backbone One PlayStation Edition ialah aksesori yang direka bentuk dengan kerjasama Sony yang paling hampir dengan pengawal DualSense.

Sony mengatakan bahawa ia akan dikesan sebagai pengawal DualSense dalam aplikasi PS Remote Play secara automatik. Ini bermakna anda boleh memainkan semua permainan PS4 atau PS5 seperti menggunakan pengawal DualSense standard. Aksesori gaming khusus untuk bermain game melalui PS Remote Play.

Pengawal lain akan berfungsi sama tetapi tanpa pengesanan pengawal khas. Backbone One akan serasi dengan aplikasi penstriman permainan lain termasuk Xbox Game Pass, Nvidia GeForce Now dan Microsoft Luna. Aksesori pengawal juga akan berfungsi dengan mana-mana permainan lain yang menyokong pengawal perkakasan standard seperti Call of Duty.

Backbone One PlayStation Edition untuk Android berharga $99 (~RM453) dan belum dipastikan bahawa ia akan tersedia dalam pasaran Malaysia atau tidak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version