Site icon TechNave BM

Bagaimana Galaxy AI dalam Samsung Galaxy S24 boleh mudahkan anda bermesej

Sewaktu Samsung melancarkan siri telefon pintar andalan (flagship) Samsung Galaxy S24 pada pertengahan bulan ini, syarikat teknologi Korea Selatan itu turut memperkenalkan Galaxy AI iaitu pelbagai fungsi tambahan berdasarkan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) yang akan membantu anda dalam pelbagai kegunaan harian. 

Fungsi-fungsi ini termasuklah Circle to Search with Google untuk memudahkan pencarian tentang imej yang dipaparkan pada skrin telefon, Live Translate untuk memudahkan penterjemahan sewaktu membuat panggilan telefon dalam bahasa yang berlainan, Photo Assist untuk menyunting gambar dengan lebih mudah dan banyak lagi.

Salah satu fungsi yang ditawarkan adalah Chat Assist yang akan memudahkan anda menaip sewaktu berbalas mesej teks. Ayuh kita lihat bagaimana Chat Assist boleh mudahkan pengalaman mesej harian anda:

Penterjemahan pantas dan tepat

Jika anda menggunakan mana-mana telefon Galaxy S24 dan sedang berbalas mesej dengan orang yang bercakap dalam berlainan bahasa, Chat Assist boleh memudahkan anda dalam menaip mesej kepada beliau. Sewaktu anda menaip mesej dalam aplikasi permesejan seperti WhatsApp atau Google Messages, Chat Assist akan menterjemahkan teks anda kepada bahasa yang difahami oleh individu tersebut.

Bukan itu sahaja, Chat Assist akan turut menterjemahkan mesej yang dihantar oleh individu tersebut kepada bahasa yang difahami oleh anda. Lebih menarik, fungsi ini masih boleh digunakan walaupun individu tersebut tidak menggunakan peranti Samsung.

Sebagai contoh, jika saya ingin berbalas mesej dengan orang di Jepun yang tidak memahami Bahasa Inggeris, saya boleh taip sahaja mesej dalam Bahasa Inggeris, kemudian Chat Assist akan menterjemahkan mesej saya kepada Bahasa Jepun secara automatik. Mesej yang dipaparkan dalam telefon orang Jepun itu akan dipaparkan dalam Bahasa Jepun.

(Kiri) Mesej asal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, (tengah) Chat Assist menyediakan terjemahan dalam Bahasa Jepun, (kanan) mesej dwi-bahasa yang dihantar kepada penerima mesej

Apabila beliau ingin membalas mesej pula, beliau boleh menaip dalam Bahasa Jepun, kemudian apabila ia diterima ke dalam telefon saya, Chat Assist akan menterjemahkan mesejnya kepada Bahasa Inggeris untuk membenarkan saya memahaminya.

(Kiri) Mesej asal yang saya terima dalam Bahasa Jepun, (kanan) penterjemahan akan disediakan secara automatik dan pantas

Jadi, anda tidak perlu lagi menggunakan aplikasi penterjemahan pihak ketiga jika anda ingin mesej dengan orang luar negara. Anda hanya perlu aktifkan Chat Assist dalam papan kekunci Samsung Galaxy S24 dan ia akan memudahkan komunikasi di antara anda dengan komuniti seluruh dunia. (Buat masa ini, fungsi penterjemahan teks tidak menyokong Bahasa Melayu.)

Sesuaikan tona mesej mengikut penerimanya

Kita sering berinteraksi dengan individu daripada pelbagai kategori seperti ahli keluarga, rakan karib, ahli perniagaan, rakan sekerja atau klien. Bagi memastikan anda menggunakan tona mesej yang betul dengan setiap kategori individu, Chat Assist akan memudahkan anda menaip dengan tona yang bersesuaian.

Anda boleh taip dahulu sebuah mesej dalam tona yang neutral, kemudian Chat Assist akan menyediakan beberapa cadangan mengikut tona yang ingin digunakan oleh anda.

Sebagai contoh, jika saya ingin mengajak makan malam bersama seseorang, saya boleh tulis dalam tona neutral terlebih dahulu: “I want to have dinner right now. What do you want to eat? (Saya ingin makan malam sekarang. Awak nak makan apa?)”

(Kiri) Selepas menaip mesej, klik pada butang Chat Assist yang terdapat dalam bulatan merah, (tengah) klik pada Writing style, (kanan) Chat Assist akan menyediakan beberapa cadangan tona mesej

Kemudian saya boleh klik pada butang Writing Style, kemudian Galaxy AI akan menjana beberapa mesej dengan tona yang berlainan seperti Professional, Casual, Social, Polite dan Emojify. Anda hanya perlu pilih tona yang sesuai untuk penerima mesej anda.

Beberapa pilihan tona yang disediakan oleh Chat Assist

Semakan ejaan dan tatabahasa yang boleh dipercayai

Sedia maklum, kebanyakan telefon pada waktu ini sudah pun mempunyai kebolehan memeriksa ejaan dan tatabahasa yang asas. Dengan Galaxy AI, ia bukan sahaja boleh semak kesalahaan tersebut dalam setiap perkataan dan ayat, ia turut boleh menyediakan terus perenggan baharu yang tidak mempunyai kesalahan bahasa.

Ini pasti akan memudahkan anda jika anda ingin menaip mesej dalam format yang panjang kerana anda tidak perlu lagi semak satu persatu dalam setiap tulisan, sebaliknya Galaxy AI sendiri akan mengelakkan kesalahan bahasa.

Chat Assist dan pelbagai lagi fungsi AI yang penting sudah pun ditawarkan dalam semua telefon Samsung Galaxy S24. Jika anda berminat untuk tahu lebih banyak maklumat tentang fungsi-fungsi Galaxy AI, anda boleh baca artikel ini

Pembelian untuk siri Samsung Galaxy S24 telah pun dibuka dalam laman web Samsung. Jika anda membuat tempahan sebelum 29 Februari, anda boleh dapatkan tawaran menarik seperti:

Siri Samsung Galaxy S24 yang terdiri daripada Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy AI dalam Samsung Galaxy S24 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Ditaja oleh Samsung Malaysia]

Exit mobile version