Site icon TechNave BM

Bahan pengiklanan Samsung Galaxy S21 FE 5G tertiris, spesifikasi dan reka bentuk didedah

Selepas tertiris beberapa berita sebelum ini mengatakan bahawa Samsung telah memadamkan halaman sokongan bagi Samsung Galaxy S21 FE 5G, kini berita tentangnya muncul secara tiba-tiba.

Samsung hari ini secara tidak sengaja mendedahkan spesifikasi serta reka bentuk rasmi telefon tersebut. Salah satu sumber juga mendedahkan senarai spesifikasi yang sama dan telefon bimbit itu sudah sedia untuk dipasarkan. Dijangkakan ianya akan dilancarkan pada Januari 2022.

Galaxy S21 FE 5G dikatakan hadir dengan skrin AMOLED FHD+ 6.4 inci dengan skrin segar semula 120 Hz, lubang tebuk tengah (punch hole) untuk kamera swafoto 32MP, RAM 6GB dan terdapat tiga kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 64 MP + ultra lebar + sensor kedalaman.

Telefon ini akan dilengkapi cipset sama ada Snapdragon 888 atau Exynos 2100 (bergantung pada pasaran). Ia dikatakan akan ditawarkan dengan “harga hebat” serta tersedia dalam empat warna iaitu warna putih, Lavender, Krim dan hitam. Baterinya akan berkapasiti 4,500 mAh dengan sokongan untuk pengecasan 15W serta pengimbas cap jarinya terletak pada paparan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version