Site icon TechNave BM

Bahaya judi ‘online’ – Jangan biarkan diri anda terjebak!

Perjudian kini bukan hanya disertai secara luar talian, tetapi turut disertai dalam talian. Selari dengan arus teknologi yang berkembang, kegiatan judi turut bertambah secara dalam talian. Oleh kerana kemudahan secara dalam talian ini, sumber melaporkan mangsa judi dalam talian kini semakin bertambah.

Menurut Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon melalui sumber, mangsa perjudian dalam talian ini tediri daripada belia yang berumur 28 hingga 35 tahun. Mangsa dipercayai dijerat melalui aplikasi di telefon pintar yang kini boleh didapati dengan mudah, begitu juga dengan penyertaannya yang mudah.

Jika anda beranggapan bahawa hal ini adalah sebuah hal remeh, anda perlu tahu terdapat segelintir mangsa yang sanggung meminjam wang daripada Ah Long untuk menyertai jerat perjudian ini.

Kami mengambil peluang untuk memberi peringatan kepada anda agar tidak terjebat dengan jerat perjudian dalam talian ini. Adakah anda pernah menerima mesej untuk memuat turun aplikasi perjudian? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version