Site icon TechNave BM

Bajet 2022: Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia bakal dilancar pada suku kedua

Selepas pembentangan Bajet 2022, kita dapat lihat hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses internet pada kos yang berpatutan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dipertanggungjawabkan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Inisiatif ini khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih. Tempoh mendaftar untuk pakej ini dijangka akan bermula pada suku kedua 2022. Antara telko yang menjadi medium untuk melancarkan inisiatif ini ialah Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications (YES).

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan ini membantu pelajar IPT dalam pembelajaran dalam talian, melayari internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.

Usaha sama Kerajaan dan penyedia perkhidmatan memastikan kebolehcapaian digital yang lebih baik untuk Keluarga Malaysia, yang mana mahasiswa adalah peneraju masa depan negara. Kini, pelajar IPT daripada keluarga B40 boleh memiliki peranti dan akses Internet untuk menjalani pembelajaran yang lebih mampan.

Sumber: MCMC

Exit mobile version