Site icon TechNave BM

Balenciaga dan PlayStation lancarkan siri pakaian yang lebih mahal daripada konsol PS5

Jenama pakaian mewah dari Sepanyol, Balenciaga, telah bekerjasama dengan Sony PlayStation untuk melancarkan barisan produk yang diinspirasikan daripada logo konsol gaming tersebut, sebahagian daripada pakaian musim sejuk/luruh 2021.

Barisan produk ini terdiri daripada baju sweater, baju-T, sarung kaki dan topi yang dihiasai dengan logo PlayStaion, logo butang pada controller DualSense serta logo Balenciaga.

Apa yang menarik adalah pakaian-pakaian ini dijual pada harga yang lebih mahal daripada konsol PlayStation 5 itu sendiri. Di Amerika Syarikat, baju-T Balenciaga x PlayStation ini dijual pada harga USD675 (RM2,787), sweater pada USD875 (RM3,613) dan topi pada USD495 (RM2,045). Sebagai rujukan, PS5 dijual di negara tersebut pada harga USD499 manakala di Malaysia pula pada harga bermula RM1,869.

Adakah anda berminat dengan pakaian edisi khas ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Balenciaga

Exit mobile version