Site icon TechNave BM

Bang & Olufsen dan Ferrari bekerjasama lancarkan sistem audio Koleksi Ferrari di Malaysia

Bang & Olufsen dengan kerjasama Ferrari telah melancarkan koleksi fon kepala dan pembesar suara baharu di Malaysia yang dikenali sebagai Koleksi Ferrari. Koleksi ini membayangkan semula produk Bang & Olufsen yang popular dalam warna merah terang, mewujudkan perkaitan yang jelas dengan jenama Ferrari yang ikonik.

Beosound 2 adalah sistem audio rumah serba boleh yang menawarkan pengalaman bunyi 360 darjah, pilihan peletakan yang fleksibel dan teknologi pintar. Ia menampilkan kon aluminium gred tinggi dalam warna merah yang sudah menjadi tandatangan Ferrari, serta lambang Ferrari.

Seterusnya, Beoplay H95 pula merupakan fon kepala utama Bang & Olufsen yang terkenal dengan kualiti bunyi terbaik dan ciri inovatifnya. Ia menggabungkan rona hitam legam Ferrari yang abadi dan mempunyai logo ukiran laser untuk kedua-dua jenama.

Pembesar suara Beosound Explore hadir dengan kalis habuk dan air IP67 menampilkan dua lapisan badan dalam warna merah dan hitam, dengan lambang ukiran laser Prancing Horse. Akhir sekali, fon telinga wayarles Beoplay EX berprestasi tinggi menawarkan pembatalan hingar aktif dan sarung pengecasan wayarles. Fon telinga kanan mempamerkan lambang Ferrari dalam foiling hitam di bawah kaca merah.

Koleksi Ferrari boleh didapati di Aeco HQ Taman Shamelin Sprint Cass (Metapod), KLIA 1 and 2 Foto Flash (Flash Gadget), The Gardens Streotype, IOI City Mall (akan datang pada suku keempat tahun ini) Charlie Care dan Penang B&O, The Gardens.

Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version