Site icon TechNave BM

Bank ingatkan orang ramai bahawa mereka tidak akan minta maklumat peribadi melalui panggilan telefon

Persatuan Bank Malaysia (ABM) dan Persatuana Perbankan Islamik dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) mengingatkan orang ramai bahawa mana-mana bank tidak akan meminta maklumat peribadi seperti maklumat perbankan internet atau nombor kad debit melalui panggilan telefon.

Dalam situasi tertentu, bank boleh membuat panggilan telefon kepada anda jika mereka mengesan sebarang transaksi yang aneh atau meragukan. Dalam panggilan seperti ini, bank akan membuat pengesahan identiti seperti empat digit terakhir dalam nombor kad pengenalan.

Walaupun demikian, bank tidak sesekali akan meminta maklumat berikut:

Orang ramai yang mengesyaki bahawa mereka telah menerima panggilan scam yang menyamar sebagai wakil daripada pihak bank perlu menamatkan panggilan serta-merta.

Industri perbankan Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyediakan sistem perkhidmatan yang selamat, sentiasa mengukuhkan keselamatan sedia ada dan kenal pasti akaun bank yang digunakan oleh penipu (scammer) dan akaun palsu.

Jika anda telah menjadi mangsa scam, anda harus hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 atau perkhidmatan talian bank masing-masing. Untuk mengetahui nombor perkhidmatan pelanggan untuk setiap bank serta mengetahui taktik scam terkini, anda boleh layari laman web www.JanganKenaScam.com.

Anda juga boleh mengaktifkan fungsi Kill Switch untuk menghalang sebarang transaksi atau akses internet kepada kad debit atau kad kredit anda.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version