Site icon TechNave BM

Bantu Jabatan Perangkaan Malaysia menilai impak COVID-19 dengan mengambil kaji selidik ini

Memandangkan penularan wabak COVID-19 ini bukan sahaja mempunyai impak daripada segi kesihatan malah juga kepada ekonomi negara, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mendirikan sebuah kaji selidik untuk menilai sejauh mana wabak ini mempengaruhi ekonomi, pekerjaan dan corak perbelanjaan rakyat.

Setakat ini, kaji selidik itu masih berada dalam Peringkat 1 yang akan tamat pada 31 Mac ini dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 15 tahun. Kaji selidik tersebut mempunyai 21 soalan yang merangkumi gaji, pekerjaan, isi keluarga, corak perbelanjaan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dan banyak lagi.

Kami sudah pun menyertainya dan ia hanya mengambil masa lebih kurang lima minit. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah melengkapkan kaji selidik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia

Exit mobile version