Site icon TechNave BM

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dibuka mulai hari ini, boleh mohon secara dalam talian

Permohonan baharu untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah dibuka bermula hari ini (15 Oktober) sehingga 15 November. Dalam pada itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menasihatkan rakyat agar melakukan permohonan secara dalam talian, terutamanya bagi mereka yang berada dalam kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Permohonan dalam talian digalakkan agar rantaian penularan wabak COVID-19 boleh diputuskan. LHDN turut menjelaskan bahawa penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula jika mereka telah menerima bayaran sebelum ini.

Pada 23 September, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan BPN 2.0 di mana bantuan kewangan boleh diberikan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga B40, RM500 kepada setiap B40 bujang, RM600 kepada setiap keluarga M40 dan RM300 kepada setiap M40 bujang.

Permohonan boleh dibuat di laman web BPN. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk berdaftar dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version