Site icon TechNave BM

Bantuan Prihatin Rakyat fasa kedua akan mula dibayar mulai Jumaat ini

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) seramai 8.4 juta orang akan mula dibuat secara berperingkat mulai Jumaat ini (7 Mei), menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Kerajaan telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM2.75 bilion untuk melaksanakan inisiatif ini.

Bayaran akan dikreditkan terus kepada akaun bank penerima di antara 7-12 Mei, manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh mendapat bayaran melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Mei. Penerima BPR akan menerima pembayaran di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima.

Anda boleh menyemak status kelulusan BPR di laman web rasmi.

Mereka yang ditolak permohonannya boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri mulai 15-30 Jun.

Beritahu kami di Facebook jika anda mendapat bantuan BPR dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version