Site icon TechNave BM

Banyak syarikat ‘game’ utama nyatakan sokongan terhadap demonstrasi anti-perkauman di AS

Dengan demonstrasi anti-perkauman yang semakin mendapat sambutan di seluruh Amerika Syarikat (AS) berikutan kematian George Floyd, beberapa syarikat permainan video utama menyatakan sokongan mereka terhadap demonstrasi tersebut.

Syarikat-syarikat ini bukan sahaja terhad kepada syarikat AS seperti Microsoft, Electronic Arts, Take-Two, Activision Blizzard, Riot Games, Warner Bros Games, Bungie, Bethesda dan Niantic, malah syarikat antarabangsa seperti Sony, Nintendo, Ubisoft, Square Enix dan Capcom.

Hampir kesemua meletakkan slogan Black Lives Matter di dalam kenyataan mereka. Selain itu, beberapa syarikat juga menangguhkan acara yang dijadualkan pada masa ini seperti pelancaran PlayStation 5, EA Play dan Steam Games Festival.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version