Site icon TechNave BM

Barang elektronik di Perancis bakal dilengkapi label markah boleh baiki bermula Januari 2021

Bermula pada bulan Januari tahun hadapan, semua peranti elektronik di Perancis termasuk telefon pintar, tablet, televisyen dan komputer akan hadir dengan label markah kebolehbaikan. Label ini menjadi satu kewajiban untuk semua peranti di Eropah hasil daripada undian parlimen Eropah atas hak untuk membaiki (Right to Repair).

Berdasarkan sumber, undian itu mewajibkan semua peranti untuk diletakkan label yang menunjukkan informasi jelas dan mudah faham untuk pengguna menjangkakan hayat peranti serta kebolehbaikan peranti sewaktu membuat pembelian.

Indeks kebolehbaikan Perancis akan menjadi contoh kepada negara Eropah yang lain. Peranti elektronik akan dilabel dengan markah tertinggi 10, mengambil kira kemudahan memasang, harga, ketersediaan alat ganti dan akses untuk laporan maklumat pembaikan.

Markah kebolehbaikan ini bukan sahaja akan mendorong pengeluar untuk mereka bentuk peranti yang mudah dibaiki tetapi juga akan menaikkan pesaingan untuk menghasilkan produk yang tahan lama atas sebab pengeluar tidak inginkan markah yang rendah.

Adakah perkara ini patut dilaksanakan di Malaysia? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version