Site icon TechNave BM

Barisan baharu monitor “gaming” LG Ultragear dilancar di Malaysia: Paparan 4K 48″ bermula RM3,150

Hari ini, LG Electronics (LG) mengumumkan pelancaran barisan monitor gaming LG UltraGear baharunya untuk pengalaman gaming yang lebih baik. Terdapat dua model LG UltraGear iaitu 48GQ900 dan monitor andalan 32GQ850 yang hadir dengan paparan QHD Nano IPS dan Advanced True Wide (ATW) Teknologi Polarizer. 

Untuk makluman anda, LG UltraGear 48GQ900 memenangi Anugerah Red Dot dan iF Design menawarkan paparan 4K 48 inci, kadar penyegaran 120Hz, overclocked (0/C) sehingga 138Hz, masa tindak balas 0.1 milisaat (ms), ketepatan warna dan reka bentuk hampir tanpa bingkai.

Model baharu ini sesuai untuk PC dan konsol kerana ia menawarkan warna dan kontras OLED dan salutan pantulan rendah anti-silau (AGLR) LG yang mengurangkan gangguan visual. Model 48G0900 juga dilengkapi dengan alat kawalan jauh yang direka khas untuk kemudahan game yang dipertingkatkan dan pendirian bergaya yang memberikan kestabilan optimum.

Sementara itu, 32GQ850 diperakui dengan VESA AdaptiveSync Display yang dilancarkan oleh Video Electronics Standards Association (VESA). Monitor ini mempunyai panel Nano IPS QHD (2,560 x 1,440) dengan teknologi Polarizer ATW yang menjamin visual yang lancar dan warna yang konsisten dari hampir mana-mana sudut pandang. 

Ia juga meliputi 98 peratus DCI-P3 dan mempunyai reka bentuk tanpa sempadan tiga sisi yang membantu gamer mendalami aksi gaming mereka. Monitor ini memberikan kadar penyegaran ultra tinggi 240Hz (0/C 260Hz), overclock dan masa tindak balas 1ms. 

Selain itu, terdapat LG UltraGear 27GQ50F dan 24GQ50F menampilkan reka bentuk Heksagon yang boleh dilaraskan untuk menukar kecondongan monitor menigkut keselesaan pengguna. Dengan bezel yang nipis pada tiga sisi, gamer boleh lebih fokus terhadap aksi gaming mereka.

Monitor LG UltraGear 48GQ900 dan 32GQ850 menggabungkan bicu fon kepala 4 kutub yang membolehkan pengguna memasangkan set kepala gaming dan berbual semasa mereka bermain. Ia menawarkan bunyi sekeliling unggul DT’S Headphone: X yang mengeluarkan butiran bunyi yang  jelas.

Anda boleh dapatkan monitor gaming LG UltraGear pada harga RM5,922 untuk model 48GQ900 dan RM3,150 untuk model 32GQ850. Selain itu, model LG UltraGear 27GQ50F pula berharga RM934 dan 24GQ50F berharga RM765.

Daaptkan monitor kegemaran anda di laman web LG Electronics Malaysia atau kedai rasmi LG di Lazada dan Shopee untuk lebih banyak tawaran eksklusif platform. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version