Site icon TechNave BM

Barisan iPhone baharu tahun 2020 termasuk iPhone SE 2

Tahun 2020 menandakan pengeluaran telefon pintar yang mungkin lebih berteknologi tinggi berbanding tahun 2019. Apple juga tidak terkecuali untuk mengeluarkan barisan peranti barunya pada tahun ini.

Terkini, DigiTimes melalui MacRumors melaporkan bahawa pembekal Taiwan mengeluarkan khabar angin tentang keluaran iPhone SE 2. Hal ini kerana khabar angin tersebut mengkhabarkan paparan LCD yang bakal dimiliki peranti tersebut.

Selain itu, juruanalisis Apple Ming-Chi Kuo turut menjangkakan Apple bakal melancarkan lima iPhone baharu pada tahun 2020 ini. Selain iPhone SE 2 yang bakal hadir dengan paparan LCD 4.7 inci, terdapat barisan peranti lain yang bakal muncul dengan paparan OLED 5.4 inci, 6.1 inci dan 6.7 inci.

Adakah anda salah seorang daripada peminat iPhone? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita telefon pintar terkini di TechNaveBM.com.

Sumber: DigiTimes | MacRumors

Exit mobile version