Site icon TechNave BM

Kapasiti bateri iPhone 12 lebih kecil daripada bateri iPhone 11

iFixit telah pun menerima telefon pintar iPhone 12 dan iPhone 12 Pro, dan seperti biasa mereka membuka struktur telefon tersebut untuk melihat komponen elektronik di dalam telefon. Laman web tersebut telah menghuraikan secara terperinci bagaimana mereka membuka telefon tersebut dan telah mengongsikan komponen yang didapati di dalamnya.

Kedua-dua iPhone 12 and iPhone 12 Pro mempunyai kapasiti bateri yang sama iaitu 10.78 Wh. Ini adalah lebih kecil daripada bateri 11.91Wh dalam iPhone 11 dan 11.67Wh dalam iPhone 11 Pro. Ini mungkin menjelaskan mengapa prestasi iPhone 12 adalah lebih lemah daripada iPhone 11.

Di samping itu, iPhone 12 juga mempunyai papan litar (circuit board) yang lebih besar, besar kemungkinan bagi memberi ruang untuk sokongan rangkaian 5G. iPhone 12 tidak mempunyai lensa telefoto dan LiDAR, dan ruangan tersebut diisi dengan bahan plastik.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version