Site icon TechNave BM

Bateri Samsung Galaxy Fold 2 hanya bersaiz 4,365mAh

Acara Samsung Galaxy Unpacked dijangka akan diadakan pada 5 Ogos ini dan di dalam acara ini, Samsung akan melancarkan beberapa produk termasuklah Samsung Galaxy Fold 2, siri Galaxy Note 20 dan Samsung Galaxy Z Flip 5G.

Sumber menyatakan Galaxy Fold 2 akan hadir dengan model number SM-F916 dan akan menggunakan dua bateri berpasangan (dual batteries) seperti generasi pertamanya.

Bateri utama dijangka akan mempunyai kapasiti bateri sebesar 2,275mAh manakala bateri yang kedua bersaiz 2,090mAh. Perbezaan saiz bateri adalah untuk menjaga keseimbangan berat. Jika kedua-dua saiz bateri ditambah, jumlah bateri Galaxy Fold 2 adalah 4,365mAh, sedikit kecil berbanding Galaxy Fold yang pertama.

Walau bagaimanapun, generasi kedua Galaxy Fold dijangka akan mempunyai ketahanan bateri yang lebih bagus disebabkan cipset Snapdragon 865 yang lebih cekap kuasa (power efficient).

Galaxy Fold juga dijangka akan mempunyai spesifikasi yang hebat seperti skrin sebesar 7.59 inci dengan kadar penyegaran (refresh rate) 120Hz , 4 kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 64MP, kualiti binaan besi dan seramik yang tahan kuat serta dilengkapi dengan perisian baru Samsung, One UI 2.5.

Kongsikan pendapat anda tentang saiz bateri Galaxy Fold 2 ini di Facebook kami. Andakah baterinya terlalu kecil untuk saiz skrin yang besar? Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version