Site icon TechNave BM

Batman & The Riddler kini akan bantu anda pandu ke destinasi menggunakan Waze

Pengguna aplikasi pemanduan Waze kini boleh mendapatkan arah ke destinasi pilihan mereka sambil dibantu oleh suara watak komik The Batman dan musuhnya The Riddler. Bermula hari ini hingga 31 Oktober, suara Batman yang dilakonkan oleh Kevin Conroy dan The Riddler oleh Wally Wingert akan menjadi pengemudi anda sewaktu memandu.

Suara khas ini terdapat dalam tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, Sepanyol dan Portugis. Bagi mengikuti tema watak-watak tersebut, pengguna boleh memilih sama ada untuk mengikut ‘petunjuk-petunjuk’ oleh The Riddler atau memandu secara senyap (stealth mode) seperti Batman.

Pengguna boleh mengubah ikon kenderaan dalam Waze untuk menyerupai tema kedua-dua watak tersebut. Selain itu, pengguna juga boleh mendengar senarai lagu DC Super Hero atau Super Villains dalam Spotify melalui fungsi Waze Audio Player.

Beritahu kami di Facebook jika anda ingin Batman menjadi pengemudi peribadi anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version