Site icon TechNave BM

Battlefield Mobile mungkin akan dilancar pada akhir tahun 2022

Pelbagai tajuk game mainstream kini sudah mempunyai versi mudah alihnya yang sendiri, seperti Call of Duty Mobile, PUBG Mobile, Apex Legends Mobile dan Rainbow Six Mobile. Kini game tembak-menembak Battlefield juga mungkin akan melancarkan versi mudah alih iaitu Battlefield Mobile.

Menurut CEO Electronic Arts (EA) Andrew Wilson, beliau mengatakan game mudah alih itu bakal dilancar pada akhir tahun ini, jika ujian beta untuk game itu berjalan seperti yang dirancang.

Ujian akan dimulakan pada hujung bulan Mei, kemudian bergantung kepada data dan metrik yang diperolehi, Battlefield Mobile akan dilancar pada hujung tahun 2022 atau awal 2023. Wilson memberi kenyataan itu sewaktu mesyuarat kewangan suku tahunan EA.

Beliau turut menegaskan bahawa EA tidak ingin melancarkan game itu secara tergesa-gesa. Selagi ia boleh dilancar sebelum Mac 2023, beliau menjangkakan game itu akan menjadi aset yang bernilai untuk EA.

Pada tahun lalu, beberapa video pendek untuk Battlefield Mobile telah pun tertiris di mana ia menunjukkan corak permainan yang serupa dengan Battlefield standard. Sebelum ini, EA juga telah melancarkan Apex Legends Mobile bagi menawarkan game tersebut kepada gamers telefon pintar.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Battlefield Mobile dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechRadar

Exit mobile version