Site icon TechNave BM

Baucar Lazada percuma dan pulangan wang dari Tealive untuk pengguna Touch ‘n Go eWallet

Terkini, Touch ‘n Go eWallet telah mengumumkan promosi baharu untuk penggunanya. Promosi ini dilihat berkolaborasi dengan Lazada dan Tealive yang menawarkan #LebihBanyakEkstra seperto diskaun, pulangan wang dan lain-lain.

Bermula sekarang sehingga 25 Disember 2020, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh mendapat potongan harga RM3 untuk perbelanjaan di Lazada atau melalui pautan Lazada dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Syarat untuk mendapat potongan harga RM3 adalah pembelian minimum RM15 ke atas dalam satu transaksi. Anda boleh mengambil baucar RM3 di Lazada di sini.

Bermula sekarang sehingga 31 Disember 2020 pula, pengguna Touch ‘n Go eWallet layak mendapat pulangan wang RM3 melalui pembelian minimum RM10 dalam satu transaksi di Tealive.

Ciri The Goal Hunter dalam aplikasi juga kini telah dinaik taraf. Terdapat 20 baucar baharu dari BHP, 7Eleven, Digi, Tesco, The Chicken Rice Shop dan banyak lagi. Pengguna boleh mengumpul setem apabila melakukan transaksi eWallet.

Kunjungi laman web rasmi Touch ‘n Go eWallet untuk maklumat lanjut dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version