Site icon TechNave BM

Bayar zakat dan beli kelengkapan Raya bersama Touch ‘n Go eWallet untuk dapatkan banyak ganjaran!

Touch ‘n Go eWallet pada hari ini membawakan Raya Sempoi 2.0.2.0, sebuah acara promosi yang menjanjikan pengguna lebih banyak ganjaran sewaktu membeli-belah menggunakan aplikasi tersebut dalam musim perayaan ini.

Pengguna boleh menikmati Pulangan Tunai e-Baucar dengan MyRewards oleh Touch ‘n Go eWallet setiap kali melakukan transaksi aplikasi. Selain itu, fungsi Pindahan Duit Raya juga diperkenalkan demi meneruskan amalan duit raya sewaktu Hari Raya kelak, di mana setiap pindahan berpeluang diberikan ganjaran pulangan tunai sehingga RM300.

Pada bulan suci Ramadhan ini, Touch ‘n Go eWallet juga bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor untuk memudahkan pengguna membayar zakat fitrah mereka. Pengguna kini boleh menunaikan zakat dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet sahaja, tanpa perlu pergi ke masjid atau wakil amil untuk membuat sedemikian.

Touch ‘n Go eWallet juga mengumumkan Family Mart sebagai rakan kedai serbaneka terbaru dalam ekosistemnya. Pelbagai promosi turut menanti pengguna Touch ‘n Go eWallet yang membeli-belah di Family Mart.

Selari dengan amalan penjarakan sosial sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Touch ‘n Go eWallet menasihatkan pengguna agar mengamalkan urus niaga tanpa tunai bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19. Beritahu kami di Facebook jika anda menggunakan Touch ‘n Go eWallet dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version