Site icon TechNave BM

Bayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 telah bermula secara rasmi hari ini

Rakyat Malaysia yang memohon pasti sedang menunggu Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000. Pada mulanya, ia dijadualkan pada 20 April 2022, namun Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan bahawa KWSP akan mula membuat bayaran pada hari ini, 18 April.

Beliau berkata pelan itu berubah kerana jumlah permintaan yang tinggi oleh rakyat Malaysia di media sosial. Majoriti rakyat telah meminta beliau untuk menyegerakan pengeluaran. Hal ini dibawa ke perbincangan dan kemudiannya mereka mengesahkan tarikh tersebut. Pengumuman ini dikeluarkan secara rasmi di akaun Facebooknya.

Bagi mereka yang ingin membuat pengeluaran khas RM10,000, anda boleh klik di sini untuk melihat cara menyemak akaun dan status permohonan anda. Setakat ini, sebanyak 5.3 juta permohonan telah diterima sejak 14 April 2022 jam 8 malam. Permohonan Pengeluaran Khas akan ditutup pada 30 April 2022.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Malaymail

Exit mobile version