Site icon TechNave BM

Bazar Ramadan ‘online’ atau ‘drive-thru’ pada tahun ini?

Tidak pernah kita membayangkan Ramadan tanpa bazar Ramadan. Namun, itu yang bakal terjadi tahun ini berikutan penularan COVID-19. Adakah bazar Ramadan yang dinikmati oleh pelbagai lapisan kaum dan agama hilang begitu sahaja? Menurut jangkaan kami, tidak.

Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa idea berinovatif yang dapat membantu mengelakkan perhimpunan secara beramai-ramai sangat dialu-alukan. Pernyataan ini menunjukkan bahawa masih terdapat sinar harapan untuk bazar Ramadan dilangsungkan pada tahun ini bergantung kepada cadangan inovatif yang bakal muncul.

Terdapat cadangan untuk melangsungkan bazar Ramadan secara pandu lalu (drive-thru) atau dalam talian (online) yang bakal dipertimbangkan oleh kerajaan. Anda boleh bayangkan pembelian juadah dan hidangan dalam era digitalisasi! Beberapa negeri telahpun membatalkan bazar Ramadan di negeri masing-masing sebagai langkah proaktif membendung penularan COVID-19.

Apakah pandangan anda jika benar bazar Ramadan tahun ini (23 April) dilangsungkan secara dalam talian atau pandu lalu? Luahkan pendapat anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version