Site icon TechNave BM

Beam Malaysia pecahkan rekod di Malaysia dengan lebih sejuta perjalanan untuk 2022

Beam Malaysia meraikan penutupan akhir tahun 2022 dengan kejayaan. Syarikat ini memerlukan tiga tahun bermula 2019 untuk mencapai 1 juta perjalanan menggunakan skuter elektrik Beam untuk tahun ini sahaja. Berbanding dengan 2021, angka ini adalah 2.5 kali ganda lebih banyak daripada sebelumnya.

Menurut laporan akhir tahun Beam Malaysia, syarikat itu telah menerima lebih 80,000 pendaftaran baharu menjadikan jumlah kumpulan penunggang kepada 65% lebih tinggi daripada 2021. Tambahan, lebih 100,000 daripada perjalanan tersebut adalah untuk membantu orang ke tempat awam, kemudahan pengangkutan seperti MRT, LRT atau stesen bas.

Lebih 3,500 e-skuter digunakan di seluruh Semenanjung Malaysia. Rakyat Malaysia telah menggunakan e-skuter Beam lebih dua juta kilometer dan hasilnya pengurangan pelepasan karbon ke udara sebanyak 486 tan.

Aplikasi Beam tersedia untuk dimuat turun di Apple Store atau Google Play Store. Jika ini kali pertama anda menggunakan Beam, anda boleh melengkapkan Kuiz Keselamatan Beam dalam aplikasi untuk menebus kredit percuma RM5. Penunggang boleh menikmati Pakej Kredit Diskaun Beam yang tersedia sekarang apabila memuat semula minimum RM10.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version