Site icon TechNave BM

Beam Malaysia tawarkan diskaun 15% sempena PRU-15 sehingga 20 November ini

Dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin hampir, Beam ingin membantu rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab dengan menawarkan diskaun untuk menaiki e-skuter mereka di kawasan Lembah Klang

Promosi telah pun bermula hari ini hingga 20 November 2022 di mana rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun 15% untuk semua tunggangan dan tambahan RM1.50 diskaun apabila menamatkan perjalanan di tempat stesen beam.

Memandangkan promosi #BeamToVote berlangsung sehingga Ahad ini, rakyat Malaysia juga dapat melengkapkan perjalanan pertama dan terakhir mereka, dari transit awam di sekitar Lembah Klang serta dalam perjalanan mereka ke dan dari kawasan pilihan raya mereka.

Anda boleh menggunakan e-skuter Beam berhampiran anda dan muat turun aplikasi melalui Apple Store atau Google Play Store. Ketahui lebih lanjut mengenai Beam Malaysia di FacebookInstagram dan TikTok.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version