Site icon TechNave BM

Beam tawarkan perkhidmatan sewa e-skuter murah kepada pelajar universiti Malaysia, bermula 60 sen seminit

Dalam usaha untuk menggalakkan perjalanan bebas kereta bagi generasi muda Malaysia, Beam Mobility telah bekerjasama dengan beberapa universiti di Malaysia bagi menyediakan e-skuter Beam untuk digunakan di seluruh negara. Antara universiti yang terlibat ialah:

Dengan kadar bayaran semasa yang berpatutan iaitu RM0.60 seminit, ia merupakan mod pengangkutan yang lebih menjimatkan kos untuk pelajar dalam jangka pendek dan panjang. Selain itu, sejak Disember 2022, Beam telah dijadikan rakan pelaksana untuk Sandbox of Sustainable Micromobility Integration and Innovation, satu kerjasama selama setahun antara Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan URBANICE Malaysia.

Tinjauan awam yang dijalankan oleh Beam melibatkan 1,008 rakyat Malaysia mendapati lebih ramai anak muda Malaysia tidak lagi berminat untuk memiliki kereta disebabkan peningkatan kos pemilikan dan peningkatan kesesakan lalu lintas.

Maklum balas daripada tinjauan awam Beam menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bersedia untuk menerima pakai e-skuter kongsi dengan 76% daripada 670 rakyat Malaysia yang berulang-alik menggunakan kereta mengatakan mereka “pasti” atau “mungkin” bertukar kepada gabungan e-skuter dan pengangkutan awam jika mereka mempunyai akses kepada kemudahan ini.

Lebih menggalakkan, 26% responden daripada kumpulan ini menambah bahawa mereka pada masa ini memiliki kereta, tetapi lebih berkemungkinan untuk menjualnya jika e-skuter kongsi ini tersedia dengan mudah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version