Site icon TechNave BM

Beats Fit Pro dilancar: Dilengkapi ANC dan Audio Spatial berharga ~RM830

Baru-baru ini Beats telah melancarkan sebuah lagi fon telinga wayarles iaitu Beats Fit Pro. Jika dibandingkan, keluaran Apple AirPods 3 terbaru yang berharga $180 (~RM745) tidak mempunyai Pembatalan Hingar Aktif (ANC) tetapi Beats Fit Pro mempunyai ciri tersebut. Namun, kedua-duanya menyokong Audio Spatial.

Fon telinga wayarles Beats Fit Pro mempunyai sayap (wingtips) yang menjanjikan untuk mengekalkan buds pada kedudukannya walaupun semasa bersenam. Ianya juga mempunyai rating kalis air dan peluh IPX4. Beats Fit Pro menampilkan Audio Spatial dengan pengesanan pergerakan kepala untuk muzik, filem dan game.

Ia dikuasakan oleh cip Apple H1 yang sama seperti AirPods. Dengan penggunaan cip tersebut, ia menyokong beberapa ciri yang sama termasuk perkongsian audio yang membolehkan dua set fon telinga disambungkan kepada telefon yang sama (Beats dan AirPods boleh digabungkan).

Beats Fit Pro boleh bertahan selama 6 jam untuk main balik dengan mod ANC atau Transparency manakala pertambahan sejam jika anda tidak mengaktifkannya. Sarung Beats Fit Pro boleh mengecas semula sehingga tiga kali dan menyokong pengecasan pantas dengan 5 minit pengecasan cukup untuk 1 jam main semula. Pengecasan dilakukan melalui USB-C.

Di dalam kotaknya terdapat tiga saiz eartips silikon dan anda boleh menggunakan ciri Ujian Fit dalam aplikasi sokongan iOS dan Android untuk memastikan kesesuaian yang maksimum untuk pengedap akustik yang optimum. Ciri Adaptive EQ akan menala frekuensi rendah dan pertengahan secara automatik ke telinga anda.

Beats Fit Pro boleh ditempah hari ini di Amerika Syarikat (AS) dengan harga $200 (~RM 830) dan penghantaran akan bermula pada 5 November. Namun, kami masih belum menerima maklumat rasmi daripada Apple mengenai keberadaannya di pasaran global.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version