Site icon TechNave BM

Beats Studio Buds+ dilancar di Malaysia, fon telinga dengan ANC, Spatial Audio bermula RM699

Syarikat kelengkapan audio Beats telah melancarkan sepasang fon telinga wayarles stereo tulen (TWS) baharu iaitu Beats Studio Buds+. Produk itu kini sudah pun disenaraikan dalam laman web Apple Malaysia dengan harga jualan RM699.

Tarikan utama untuk fon telinga ini adalah rekaannya yang lutsinar, namun untuk mereka yang inginkan rekaan lebih konvensional, ia juga boleh didapati dalam warna hitam dan emas. Ia turut mempunyai rating kalis air IPX4.

Untuk fungsi audio, ia bakal mempunyai pembatalan hingar aktif (ANC) untuk membatalkan bunyi bising di sekeliling pemakai. Ia turut mempunyai lohong akustik yang direka khas untuk meningkatkan ketepatan audio dan melegakan tekanan untuk pemakaian yang selesa.

Ia juga menyokong audio ruangan (spatial audio) dengan Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang lebih mengasyikkan. Kedua-dua belah fon telinga ini mempunyai putik silikon dan transducer dua lapis yang fleksibel untuk menghasilkan bass yang lebih jelas dan merendahkan distortion.

Beats mengatakan baterinya boleh bertahan sehingga 36 jam apabila digabungkan bersama bekas, dengan 9 jam ditawarkan daripada fon telinga sendiri. Pengecasan selama lima minit pula sudah cukup untuk bertahan selama sejam.

Ia boleh digunakan bersama telefon Apple atau Android untuk ciri yang unik dalam platform masing-masing. Dengan iPhone, ia boleh mengakses one-touch pairing, Siri dan Find My, manakala untuk telefon Android pula ia boleh mengakses Google Fast Pair, Audio Switch dan Find My Device.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version