Site icon TechNave BM

Beats Studio Buds edisi terhad dilancar: Dilengkapi ANC dan bateri tahan hingga 5 jam berharga ~RM630

Apple hari ini mengumumkan Beats Studio Buds edisi terhad baharu dengan kerjasama Union bersempena sambutan ulang tahun ke-30 jenama pakaian itu.

Menurut Apple, Beats Studio Buds edisi terhad menampilkan reka bentuk merah, hitam dan hijau yang mendapat inspirasi daripada bendera Pan-Afrika dan memberi penghormatan kepada asal usul Union sebagai perniagaan milik orang kulit hitam. Sarung pengecasnya juga mempunyai logo Union.

Beats Studio Buds baharu ini akan tersedia secara eksklusif di kedai Union Los Angeles dan Tokyo serta dalam laman rasminya bermula 1 Disember dengan harga $149.99 (~RM630). Harganya sama seperti Beats Studio Buds standard yang dilancarkan pada bulan Jun lalu dan tersedia dalam warna merah, hitam dan putih melalui kedai dalam talian Apple.

Ciri utama Beats Studio Buds ialah reka bentuk bulat tanpa sebarang batang (stems), pembatalan hingar aktif sehingga lima jam masa mendengar dengan setiap pengecasan, sokongan “Hey Siri”, rating IPX4 kalis air dan peluh, Find My Support dan sarung pengecasan berwayar USB-C.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version