Site icon TechNave BM

Beats Studio Buds tersedia pilihan warna baharu, miliki ciri untuk peranti Android berharga ~RM634

Apple mempunyai barisan produk audio yang berjaya dalam bentuk Airpods dan produk di bawah jenama Beats-nya. Beats Studio Buds telah dilancarkan tahun lepas dan syarikat itu kini menambah lebih banyak pilihan warna untuk dipilih oleh pelanggan.

Apple menambah tiga pilihan warna iaitu Merah Jambu, Biru dan Kelabu. Ini adalah tambahan kepada pilihan warna sedia ada yang terdiri daripada Hitam, Merah dan Putih. Pilihan warna baharu akan tersedia untuk pembelian mulai hari ini melalui Apple Store, Best Buy, Amazon dan Target.

Sebagai tambahan kepada pilihan warna baharu, Beats Studio Buds juga mendapat beberapa ciri utama yang disasarkan kepada pengguna Android. Syarikat itu menambah sokongan untuk ciri yang dipanggil “Cari Beats saya” (Locate my Beats) dan Widget.

Ciri Locate my Buds akan membantu untuk mengesan fon telinga jika ia tercicir. Melalui widget, pengguna akan dapat melihat maklumat hayat bateri dan mengawal mod mendengar daripada peranti Android.

Ciri baharu ini akan datang ke Android tetapi sudah tersedia untuk pengguna iOS. Selain itu, ciri ini tidak terhad kepada Beats Studio Buds tetapi dilancarkan untuk semua produk daripada jenama yang berfungsi dengan aplikasi Beats pada Android.

Apple juga telah mendedahkan bahawa Beats Studio Buds telah menjadi produk Beats terlaris setakat ini. Fon telinga wayarles tersedia untuk pembelian pada harga $150 (~RM634).

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version