Site icon TechNave BM

Beberapa lagi acara teknologi dibatalkan kerana wabak COVID-19

Nampaknya penyebaran wabak penyakit COVID-19 yang semakin parah seluruh dunia meletakkan industri teknologi dalam risiko yang tinggi. Hampir setiap hari ada sahaja acara besar dibatalkan atau kilang teknologi ditutup akibat penyakit tersebut.

Terbaru, Google membatalkan acara tahunannya yang terbesar, Google I/O, yang pada asalnya dijadualkan pada 12 hingga 14 Mei ini atas sebab untuk mengelakkan jangkitan koronavirus. Mereka yang telah membeli tiket untuk menghadirinya akan dibayar balik dan acara itu akan digantikan dengan sebuah siaran langsung melalui internet.

Sementara itu, Xiaomi India pula memutuskan untuk menangguh pelancaran Redmi Note 9 dan sebarang acara pelancaran pada bulan Mac. Untuk menggantikannya, Xiaomi akan menyiarkan acara mereka secara langsung di Mi.com dan laman media sosialnya.

Setakat ini masih tiada petanda yang menunjukkan wabak ini akan reda dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge, GSMArena

Exit mobile version