Site icon TechNave BM

Beberapa aplikasi di iOS ‘crash’ termasuk PUBG, Spotify dan Waze

[Kemas kini, 11 Julai 2020] Aplikasi di platform iOS kini boleh dibuka seperti biasa.

[10 Julai 2020] Jika anda sedang mengalami masalah aplikasi yang terpadam dengan sendiri atau anda terkeluar dari aplikasi apabila dibuka di peranti iPhone anda, anda tidak bersendirian. Berdasarkan maklum balas dari warganet, masalah ini sepertinya berlaku bukan sahaja di Malaysia, tetapi pada peringkat global.

Terdapat beberapa aplikasi yang terpadam dengan sendiri (crash) apabila dibuka termasuklah aplikasi navigasi Waze, aplikasi pemain muzik Spotify dan game popular PUBG. Namun, beberapa aplikasi telah mengumumkan bahawa mereka menyedari situasi ini dan kerja baik pulih sedang dijalankan.

Punca isu ini masih tidak diketahui. Kami akan memaklumkan dan mengemaskini jika terdapat maklum balas dari pihak Apple atau pihak berkenaan. Untuk itu, kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version