Site icon TechNave BM

Beberapa lagi varian Redmi Note 11 akan dilancar pada 29 Mac 2022

Xiaomi Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan Redmi Note 11 pada bulan Februari lalu yang terdiri daripada Redmi Note 11, Redmi Note 11S, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro 5G. Untuk harga yang dijual, siri telefon ini menawarkan spesifikasi dan fungsi yang sangat menarik.

Kini Xiaomi telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan beberapa lagi varian Redmi Note 11 pada hari Selasa, 29 Mac 2022 jam 8:00 malam waktu Malaysia. Syarikat China itu tidak menyatakan nama peranti secara spesifik, namun mereka menyifatkan telefon yang akan dilancar sebagai Redmi Note yang paling berkuasa setakat ini.

Telefon ini mungkin adalah Redmi Note 11 Pro+ 5G yang telah dilancar di pasaran China pada bulan Oktober 2021. Jika pelancaran ini adalah untuk telefon tersebut, ia akan dilengkapi skrin AMOLED 120Hz FullHD+ 6.67 inci, cipset Dimensity 920, kamera utama 108MP, bater 4,500mAh dan pengecasan pantas 120W.

Anda boleh tonton pelancarannya di saluran YouTube Xiaomi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan varian Redmi Note 11 baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version