Site icon TechNave BM

Beberapa model iPhone 12 bakal hadir dengan sensor cap jari dalam skrin

Biar lambat asal selamat, mungkin ini adalah filosofi Apple untuk produknya. Terkini, Apple dilaporkan bakal mengaplikasi teknologi sensor cap jari dalam paparan untuk beberapa model siri iPhone 12.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, pelapor sebelum ini menyatakan bahawa siri iPhone 12 bakal hadir dengan beberapa model seperti iPhone 12 5.4 inci, iPhone 12 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.1 inci. Jika kewujudan sensor cap jari dalam paparan ini benar, maka ianya akan hadir di bawah skrin OLED.

Tambah sumber lagi, pembekal panel OLED telah membina teknologi pengimbas cap jari skrin ultrasonik yang dikuasai oleh Qualcomm. Jika difikirkan, sememangnya logik untuk iPhone menggunakan sensor cap jari ini untuk mencapai teknologi paparan penuh pada iPhone. Penganalisis Ming Chi Kuo turut mendedahkah bahawa skrin dengan sensor cap jari (Touch ID) turut akan diaplikasi pada keluaran iPhone tahun 2021.

Apakah pandangan anda mengenai jangkaan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita iPhone terkini.

Sumber: news.mydrivers

Exit mobile version