Site icon TechNave BM

Beberapa pembeli Nothing Phone (1) hadapi isu warna hijau pada skrin dan sekeliling kamera swafoto

Pengguna yang telah mendapat Nothing Phone (1) kini mengadu mengenai melihat ‘warna hijau’ di skrin AMOLED yang digunakan. Namun, itu bukanlah satu-satunya isu jaminan kualiti (quality assurance) pada telefon pintar pertama syarikat itu. Isu ini diberitahu oleh pengguna Twitter yang telah membeli Nothing Phone (1).

Isu ‘warna hijau’ ini jelas seperti dalam gambar di bawah. Terdapat seorang pengguna yang membeli daripada Flipkart telah menghantar peranti semula untuk pembaikan akan tetapi ia masih mengalami isu yang sama.

Bukan itu, sahaja, terdapat banyak lagi isu seperti kecacatan di sekitar lubang tebuk (punch-hole) kamera swafoto. Jika diingat balik, masalah ini pernah berlaku pada beberapa unit Pixel 6.

Pasukan Twitter Nothing telah mengakui isu ini, tetapi masih tiada panduan rasmi tentang perkara yang perlu anda lakukan. Anda disarankan untuk membawa telefon anda kepada kedai rasmi Phone (1) untuk pembaikan atau menangguh pembelian buat sementara waktu. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version