Site icon TechNave BM

Beberapa peranti Samsung Galaxy dengan cipset Exynos tidak serasi untuk “game” Diablo Immortal

Diablo Immortal adalah antara salah satu game mudah alih terbesar yang dilancarkan di seluruh dunia. Ia akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Jun tidak lama lagi. Namun, terdapat berita melaporkan bahawa peranti Exynos tidak dapat menikmati game mudah alih tersebut.

Cipset Exynos adalah daripada Samsung Electronics di mana beberapa peranti andalan dengannya tidak boleh memainkan Diablo Immortal. Menurut sumber, game tersebut mengalami banyak ralat grafik menyebabkan ia tidak boleh dimainkan. Laporan mengatakan bahawa Blizzard Entertainment sedang berusaha untuk membetulkan isu yang dinyatakan.

Di bawah adalah senarai peranti Samsung Galaxy yang menghadapi masalah memainkan Diablo Immortal:

Selain telefon Galaxy di atas, berkemungkinan besar kebanyakan peranti berasaskan cipset Exynos akan tidak serasi dengan Diablo Immortal. Pasti gamers sangat mengharapkan masalah ini diselesaikan terlebiih dahulu. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Authority

Exit mobile version