Site icon TechNave BM

Beberapa perkhidmatan CIMB Clicks akan dipindah ke CIMB OCTO bermula Disember 2024

Kepada para pelanggan CIMB Bank yang masih menggunakan aplikasi CIMB Clicks, anda perlu ketahui bahawa beberapa fungsi perbankan penting tidak akan ditawarkan lagi dalam aplikasi ini bermula bulan Disember 2024.

Seperti yang dinyatakan dalam pengumuman rasmi oleh CIMB, fungsi-fungsi yang terlibat ini termasuklah:

Bermula Disember 2024, semua fungsi di atas hanya boleh dilakukan dalam aplikasi CIMB OCTO. Memandangkan semua fungsi ini adalah fungsi yang penting dan kerap dilaksanakan, sebaik-baiknya anda tinggalkan terus aplikasi CIMB Clicks dan mula gunakan CIMB OCTO.

CIMB OCTO boleh dimuat turun daripada Apple App Store, Google Play Store atau HUAWEI AppGallery. Beritahu kami di Facebook jika artikel ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CIMB

Exit mobile version