Maybank baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan untuk perkhidmatan perbankannya pada hari Ahad, 13 April 2025 dan beberapa perkhidmatan tidak akan ditawarkan kepada para pelanggan buat beberapa jam.
Penyelenggaraan akan dilakukan pada 13 April jam 3:00 pagi hingga 8:00 pagi. Perkhidmatan yang tidak boleh diakses oleh anda pada waktu ini termasuklah laman web Maybank2u, aplikasi MAE serta Maybank2u Biz (laman web dan aplikasi). Ini juga bermaksud anda tidak boleh mengakses fungsi-fungsi tertentu yang terdapat dalam perkhidmatan tersebut seperti DuitNow, JomPay, Interbank GIRO, FPX dan Debit Mandate.
Mesin ATM juga tidak boleh melakukan fungsi tertentu seperti pertanyaan baki MEPS, pengeluaran wang MEPS, pemindahan wang, JomPay dan Interbank GIRO.
Jika terdapat urusan perbankan yang perlu dilakukan pada tempoh tersebut, anda dinasihatkan untuk melakukannya lebih awal atau tunggu sehingga habis tempoh penyelenggaraan.
Penyelenggaraan ini dilakukan oleh Maybank dari semasa ke semasa untuk menawarkan pengalaman perbankan yang lancar untuk para pelanggan. Beritahu kami di Facebook jika notis ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Maybank

