Site icon TechNave BM

Beberapa perkhidmatan Maybank akan tergendala sementara pada 7 September 2025

Maybank mengumumkan bahawa mereka akan melakukan tugas-tugas penyelenggaraan terhadap perkhidmatan perbankan atas talian (online banking) selama beberapa jam pada hari Ahad ini (7 September 2025), jadi beberapa perkhidmatan perbankannya tidak boleh diakses sepanjang tempoh tersebut.

Penyelenggaraan ini akan berlangsung pada hari Ahad ini selama beberapa jam. Beberapa perkhidmatan tertentu dalam aplikasi MAE App dan mesin-mesin ATM/SRM tidak boleh diakses sepanjang tempoh ini.

Perkhidmatan yang terlibat termasuklah:

Global Access Account-i (GAA-i) (3am hingga 4am)

Dagangan Saham Atas Talian (Online Stocks Trading) (12am hingga 6am)

e-Statements (12am hingga 6am)

Portfolio pelaburan

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Maybank (1,2,3,4)

Exit mobile version