Site icon TechNave BM

Beberapa perkhidmatan media sosial sembunyikan data pengguna Afghanistan untuk lindungi mereka

Sejak pihak Taliban mengambil tampuk pemerintahan Afghanistan pada minggu lepas, beberapa perkhdimatan media sosial telah mengambil beberapa langkah drastik yang bertujuan untuk melindungi para pengguna mereka yang menetap di negara tersebut.

Sebagai contoh, Facebook telah menyembunyikan senarai rakan (friend list) bagi menyukarkan rakan-rakan pengguna untuk dicari oleh orang lain. Facebook juga telah menyediakan fungsi yang membenarkan pengguna untuk mengunci akaun mereka dengan cepat.

Dengan mengunci akaun, maklumat pengguna Facebook tersebut tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun kecuali rakan mereka, manakala gambar profil dan kiriman mereka juga akan disembunyikan. Instagram pula akan memberikan pemberitahuan (notification) yang mengajar pengguna untuk melindungi data mereka serta meningkatkan tetapan privasi.

Sementara itu, Clubhouse pula telah set semula (reset) data dan gambar profil pengguna untuk membuatkan akaun mereka lebih sukar dicari. Sungguh pun begitu, ini tidak akan menjejaskan senarai rakan mereka dan perubahan yang disebabkan oleh reset itu boleh diundurkan semula.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version